Kenapa Jus Qalbi Al-Ehsan?

  • Keperihatinan terhadap kesihatan
  • KOS yang rendah
  • Sesuai untuk seisi keluarga

Sayangi Jantung Anda

PADA dasarnya, penyakit jantung adalah pembunuh senyap di kalangan wanita yang boleh diibaratkan sebagai bom jangka yang menunggu masa untuk meletup.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Pemantauan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Malaysia 2005/2006, faktor risiko NCD yang jelas, seperti hiperkolesterolemia, kenaikan glukosa darah, obesiti (kegemukan) dan sebagainya adalah lebih tinggi di kalangan wanita berusia 25 hingga 64 tahun berbanding lelaki dalam kumpulan usia yang sama.

Menurut Pakar Perunding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, yang juga Pengarah Yayasan Jantung Malaysia (YJM), penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di kalangan wanita di Malaysia dan di seluruh dunia sejak berpuluh-puluh tahun lamanya.

“Wanita dilindungi daripada penyakit jantung oleh tahap estrogen yang tinggi. Bagaimanapun, ini tidak bermakna wanita ‘imun’ atau lali kepada penyakit ini.”

Tambah Dr. Kah Lin :

  • tahap ‘estrogen’ turun apabila wanita sudah menopaus atau putus haid.
  • Tahap trigliserida dan LDL (kolesterol jahat) di kalangan wanita yang berumur juga naik, bukan sahaja disebabkan menopaus tetapi juga disebabkan kenaikan berat badan dan penuaan. Semua ini menaikkan risiko penyakit jantung di kalangan wanita.

Fakta Unik Penyakit Jantung

Semua orang tahu penyakit jantung adalah penyakit yang sangat berbahaya dan juga tahu apa saja gejala dan bagaimana pencegahan penyakit jantung.

Tapi adakah anda tahu ?

  • 1/3 penderita penyakit jantung, meninggal dunia. Fakta ini menggambarkan betapa ganasnya penyakit ini.
  • Setiap minit pesakit meninggal kerana penyakit jantung. Menurut statistik, serangan penyakit jantung di seluruh dunia terjadi tiap 20 detik dan tiap sekitar satu minit terjadi satu kematian yang disebabkan penyakit jantung.
  • Wanita lebih berisiko meninggal dunia berbanding lelaki.Jumlah kematian wanita yang berusia lebih dari 50 tahun lebih tinggi dua kali ganda berbandingkan lelaki.
  • 50% pesakit meninggal sebelum sampai ke hospital.Hanya sekitar 9% orang yang diserang penyakit jantung yang selamat dan sempat dibawa ke hospital dan kemudian meninggal dunia.
  • Lebih berbahaya dari kemalangan jalanraya. Potensi orang yang meninggal karena sakit jantung sepuluh kali lebih besar dibandingkan akibat kemalangan jalanraya.
  • Kos penyakit yang mahal. Penyakit jantung merupakan penyakit yang memerlukan kos yang tinggi. Sebuah risalah menyatakan bahawa setiap tahun kos perubatan penyakit jantung akan menjangkau sekitar MYR500 ribu.
  • Lebih merbahaya dari penyakit AIDS.
    AIDS merupakan penyakit yang berbahaya. Namun faktanya, orang yang meninggal karena penyakit jantung masih jauh lebih ramai. Dibandingkan AIDS, potensi penduduk bumi yang meninggal kerana penyakit jantung 30 kali lebih besar.
  • Satu dari dua orang meninggal karena penyakit jantung dan strok. Berdasarkan fakta, satu dari dua orang yang meninggal disebabkan oleh penyakit jantung dan strok. Kedua penyakit ini merupakan pembunuh yang paling banyak mengakibatkan kematian dibandingkan penyakit lainnya.
  • Sering menyerang di pagi hari. Waktu pagi sering menjadi waktu ‘favorite’ penyakit jantung untuk menyerang kerana pembuluh darah menyempit di waktu pagi.
  • Minum aspirin.Meminum aspirin sewaktu stres boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Ini kerana, otot jantung menjadi tidak terlalu tegang sehingga menyebabkan potensi serangan jantung berkurang.
  • Risiko Keturunan. Ramai penderita sakit jantung memiliki sejarah yang sama seperti ibubapanya. Faktor keturunan ternyata merupakan faktor yang cukup besar yang berkemungkinan mempengaaruhi pada risiko mendapat sakit jantung.
  • Penyakit jantung mempunyai dua pilihan. Penyakit jantung adalah penyakit yang sukar untuk sembuh. Setiap pesakit yang pernah diserang penyakit ini, biasanya hanya mempunyai dua pilihan, iaitu :
  • terus didera penyakit jantung
  • meninggal dunia.

Tidak ramai yang mampu sembuh dari penyakit ini.

  • Penyakit jantung pembunuh No. 1. Di banyak negara, penyakit jantung merupakan pembunuh nombor SATU terbanyak.