Halia

Daripada kajian in vitro yang telah dilakukan, spesis daripada famili ‘HALIA’ mempunyai kesan-kesan antimikrob seperti kesan antivirus (Denyer er al.., 1994), antibakteria (Mascolo et al,,. 1989 ; Bone et al.., 1990) dan antikulat (Ejechi et al.., 1998).

Sebatian-sebatian seperti ‘ponin, bisabolin dan kamfordikenalpasti sebagai sebatian antibakteria, antikulat dan antivirus (Lis-Balchin et al.., 1998). Oleh itu, kemungkinan HALIA juga mempunyai kesan antibakteria dan antikulat dengan kehadiran sebatian tersebut.

Mascolo et al.., (1989), melaporkan spesies HALIA boleh memberi kesan ke atas bakteria gram-positif & gram-negatif seperti spesies ‘Clostridium, Listeria, Enterococcus dan Staphylococcus’ tetapi ia boleh dimusnahkan melalui pemanasan.

Bawang Putih

BAWANG PUTIH mula dikenali dalam Tamadun Cina sejak 3000 S.M. Khnoum Khoufouf dalam Tamadun Mesir adalah orang pertama yang menyedari khasiat bawang putih..

‘Hippocrates’ (Bapa Perubatan Moden) mengesyorkan bawang putih dalam penyakin infeksi dan ragam usus. Pendapat ‘Ahli Perubatan Ayerveda’, bawang putih baik untuk jantung, rambut, perangsang nafsu makan, lelah dan batuk.

Ujian klinikal ; Bawang Putih mempunyai minyak dikenali ‘Ally Sulphide’. Yang bersifat antiseptik. Membantu membuang toksin, menguatkan, merangsang peredaran darah dan menyeimbangkan flora usus. Juga membantu penghadaman merawat kembung dan cirit birit. menurunkan tekanan darah, meredakan gejala mengantuk, sesak nafas dan angin.

Cuka Epal

CUKA EPAL (Apple Cider Vinegar) mempunyai banyak khasiat sejak dulu telah lama digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh orang-orang Greek dan Mesir.

Dr. D.C. Jarvis, penulis buku kesihatan ; mengesyorkan cuka epal diminum setiap hari sebagai ‘home cure’ (ubat di rumah).

Beberapa ujikaji awal menunjukkan bahawa cuka ( cuka epal & lain2 cuka ) memberi kebaikan kpd pesakit :

2007 – majalah ‘inDiabetes Care’, penyelidik2 menjumpai 2 jenis pesakit diabetes yg meminum 2 sudu makan cuka epal sebelum tidur malam menunjukkan perubahan tahap gula dlm darah yg menggalakkan.

Madu Lebah Asli

Madu lebah membekalkan karbohidrat dan memberi tenaga dalam bentuk kalori kerana kandungan gulanya yang tinggi melebihi 80% daripada kandungan bahan keseluruhan madu lebah.

Madu lebah lebih manis dari gula tebu. Walaupun peratus kandungan gula adalah tinggi, ia adalah selamat dimakan oleh pesakit kencing manis dalam kuantiti yang sederhana kerana sifatnya yang rendah indeks glycemia menyebabkan kandungan gula dalam darah lebih perlahan dan mudah dicerna

Madu bersifat anti-bakteria, anti-inflamasi dan anti-oksidan (anti-radikal bebas), dipercayai membantu dalam keseimbangan nutrisi disamping menyahtoksinkan radikal bebas penyebab pelbagai penyakit antaranya kanser.